cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Thursday, February 28, 2013

rasa (masa untuk bangkit)

hai tubuh
hai akal.
sudah sudah lah
sudah banyak kau orang diracun
oleh bangsat dunia

matikan rasa itu sekejap
celik mata dulu
masa untuk bangkit
dan mulakan harapan yang baru
rapatkan mata
masa untuk bangkit
dan mulakan mimpi yang baru
matikan rasa itu sekejap

dunia bukan macam apa yang kita lihat
zahirnya tenang
batin nya berisi celaka
bangsat.
masa untuk bangkit


********************************************


rasa (dua rasa dalam satu diri)

marah.
sayang.
entah.
dua dua ada.

sedih.
benci.
masih bersarang.

cuba untuk berdiri
dari melutut kepada rasa
terikat berpaksi bumi
mengikut putaran masa
empat rasa ni masih terbuku.
sedikit sedikit melukis parut hodoh 
pada tubuh tergaris seribu satu
penuh.
tiada ruang.
tapi masih berparut dan berparut lagi.
nanti.
kenapa perlu tunduk?
ini cuma rasa.
jasad masih bertindak mengikut kewarasan akal
bangkit tubuh.bangkit

kenapa aku masih jatuh lagi pada takuk ni.
susah nak bangkit
separuh diri sudah mati
kebas dari rasa
aku perlukan tangan
untuk membantu aku bangkit
senyum yang aku lempar
pahit.
terus senyum


*******************************************************


rasa (rasa yang dah lama mati)

"bro. asal termenung?"

"takda. aku pun tak tahu"

"mengenang nasib ke bro?hahaha" *tepuk bahu

"cis.mana ada bro.entah lah.haha.menunggu bulan jatuh ke riba?"

"mana ada dah bulan jatuh ke riba.kau kena usaha bro"

"usaha macamna ni?"

"alahh.banyak lagi kat luar sana.kau cuba.mana tahu dapat"

"cis.entah lah bro.tak jumpa lagi"

"haha,carik lah bro.kau ingat dia nak datang kat kau ke?"

"mampus aku nak carik.malas aku" *bakar rokok.hembus kuatkuat

"haihh kau ni.facebook ada.twitter ada.tak kan nak aku ajar"

*pandang sinis

"dulu boleh la buat.hahaha"

"asal?sekarang tak boleh?"

"entahh.hahaha"

*termenung dua dua ke langit

rasa bukan datang macam air.
bukak paip terus melimpah.
dia akan datang dengan sendiri.
tapi dengan usaha mungkin.
mungkin juga dengan kebetulan.
tak dirancang.
semua ada pada yang Atas sana.
sabar.
tenang.
nanti rasa tu akan datang.
dan harap mata tu akan dapat menenangkan aku
dapat menghiburkan aku
dapat membawa aku keluar dari rasa yang aku rasa sekarang.
kosong.kebas.
cuma masa kena betul.
tempat kena betul.
niat kena betul.
tak pa aku tunggu.
moment tu akan datang.
sedikit usaha.sedikit kebetulan.
nanti rasa tu akan wujud kembali.
aku mohon petunjuk.


************************************************




Wednesday, February 27, 2013

jatuh lagi

ya Tuhan
murahnya harga cinta
macam tu kau buat?

sayang
benda yang aku tengok semalam.
sumpah.
aku yang berbulu.
depan member aku kau buat macamtu.
kau menganjing ke apa?
murahnya harga cinta.

semalam lepas tu
aku baring
tak rasa apaapa
panjang fikir
tak rasa nak buat apa apa
kelibat bangsat dunia
sentiasa cuba untuk menjatuhkan manusia
kadang kadang aku rasa give up.
give up kepada dunia
biarlah kau orang mahu buat apa kat aku ni


*****************************************************


Tuesday, February 26, 2013

bende lah

kalau nak cerita pasal rasis
semua benda boleh jadi rasis
dari bangsa ke satu bangsa
satu negara ke satu negara
laki pompuan
warna kulit agama
musik pun boleh jadi rasis
semua orang ada sifat ni
jangan menidak kan
cuma kita tak mengia kan ja kita rasis
simpan jangan tunjuk
nak kata berpuak puak
satu kelas pun boleh berpuak
pandang slek
apahal?
babi

kalau nak cerita rasis
aku pun di rasis kan
babi
sebab kau tak suka kuih karipap pun
kau boleh di rasiskan
celaka
hahahahahah

nak bersatu?
tolak ego
senang je
ignore apa orang kata
ni aku present dok bising kat blakang
hatkor hatkor
asal? tak pernah dengar hatkor ke?
rasis betei kauorang ni.
muka ganas layan lagu lembik
kan aku dah jadi rasis
hahahahahahah

******************************

aku bergerak mengikut mana angin aku bawak
tak pernah aku pegang mana mana prinsip
aku tahu aku banyak kekurangan.
tahu


sekejap

duduk di meja hadapan
duduk bertentangan
dengan kaca mata bulat
rambut mengurai ke bahu
mata
aduh
terkunci sekejap
dua dua paling

tapi sekejap ja
lepas bayar terus blah
hahahaha


*************************************


Monday, February 25, 2013

Ambil Tahu.

kadang kadang.
aku rasa ambil tahu pasal kau pun satu dosa.

kadang kadang


**************************************************

aku dah tergantung.
kiri kanan celaka.



Raja Semalam,Makan,Gadis Banting

Alhamdulillah. Sabtu lepas bersamaan 23Februari 2013. Abang Edi, abang dan anak sulung kepada Encik Kamarol Fauzi selamat diijabkabulkan bersama Kak Ewa. Bertambah satu lagi ahli dalam keluarga yang kecil ni. bertambah seorang lagi kakak. langkah guwa dengan Deha beb. hahahah.

Cucu arwah Zazuli. sebahagian kecil.

Malam Berinai. meriah!

meriah. sumpah meriah. cuma ada ralatan sikit. alah biasa lah tu. sedangan lidah sendiri pun tergigit. harap minggu depan dapat balik sekali lagi. belah pengantin lelaki an. takda aku tak meriah. ekekekekeke.



**************************************************************************

gadis banting so punkrok cung!




Thursday, February 21, 2013

sekejap. aku lupa

kau
kau ada cakap semalam
yang aku pernah buat kau menangis.
kalau benar.
maka aku mintak maaf.
kbye

*****************************************************


#NP Sil Khannaz - Santapan Raja Bersiung

esok balik kuala lumpur.
nak ke Banting.
ada raja nak bersanding.
anak sulung.

***************************************


Wednesday, February 20, 2013

BRBM1

bengang beb.
apa nak buat dengan benda ni
guna ke tebus?
event nak dekat.
bengang beb
sumpah bengang


********************************************


Tuesday, February 19, 2013

lima setengah pagi.

ahhh
bengang aku.
terbangun dari pembaringan.
sedar sedar dekat atas lantai.
apa ni beb?
duduk jap atas kerusi.
selimut entah kemana
sejuk peluk rapat satu kali
rokok bagi hangat

bila tidur merata.
macam ni lah jadinya
hahaahaahahahaha


*******************************************

bahagian ni aku tak tahu nak tulis apa
cuba kau bagitahu aku apa yang perlu aku tulis
samar samar





Monday, February 18, 2013

words



"sebelum kita lawan kerajaan, kita kena lawan nafsu dulu, sebelum kita lawan nafsu, kita kena lawan mata dulu. sapa kelip dia kalah. hahaha"(Jimbo Tiram,2013)




**********************************************************


Sunday, February 17, 2013

cubaan satu kali

*guwa dapat ilham dari tweet Deha.macam puisi.so cuba gubah gubah. jadi hodoh macamni:


ya.
aku seorang punk.
dan kau.
kau seorang gadis semasa.
berbeza pemikiran
berbeza pendapat.
berbeza nafsu.
berbeza personaliti
berbeza penampilan
hampir semua berbeza
kan?

kau seorang gadis semasa.
sentiasa mengikut arus.
yang terbaru semua kau mahu.
tidak mahu ketinggalan
aku?
hanya berpandu kepada gaya hidup.
hanya mengikut dimana hari aku membawa aku
berbeza
kan?

kau mahu kemewahan.
mahu memuas keinginan melalui wang ringgit.
mungkin bermimpi untuk makanan mewah
bermimpi untuk ke tempat tempat indah
bermimpi untuk mengexperience sesuatu di atas standard kau
aku?
tidak mampu untuk menjanjikan apaapa
mungkin menggunakan kenderaan awam untuk ke satu destinasi
mungkin hanya mampu memuaskan nafsu di kedai mamak
tepi kompleks
atau mungkin di gig gig kecil
kalau besar pun terpaksa mengikat perut
kau mahu?
memegang tangan ku?
dan bernyanyi lagu jalanan
melewati bangsatbangsat hidup ku?
hahahaha.

aku seorang punk
dan kau gadis semasa
tidak mungkin dapat bersama
kalau ada kebarangkalian pun
seperti menunggu hari esok bermula dengan indah
tutup mata
ahh persetan hidup
aku ingin mati
dengan cara hidup aku


*********************************************************

sumpah buruk
serabut acikk luu.

buih buih mimpi

dia mesti pakai kasut vans
kaler merah. biru. kelabu.
ah tak kisah lah
yang penting kena dengan skinny yang dia pakai.

dia mesti pakai kaca mata.
yang bulat. yang tebal.
ah tak kisah lah.

kecil.
gempal.
apa ni?

kalau ada kebarangkalian.
dia ada taste musik sama macam aku.
supaya kalau balik kampung
kitorang nyanyi lagu Sick Of It All.
Defeater.
Dead Swans
Your Demise.
All For Nothing.
Black Flag.
Rumour Mills.
...
dalam kereta.
dekat parking lot.
dalam bakery
dalam bilik
apa ni?

maka.
aku pecahkan satu buih harapan
*pop
macam kumbahan jatuh dalam air.
apa ni?

ekekekekekekeekekekekekke.
keep dreaming brothers and sisters.

#NP Sick Of It All - Sanctuary

***********************************************



download EP Doom balik.Kembali ke zaman gelap kambing hitam

aku dah pelik beroo
apa yang kau cuba buktikan.
kau dah macam berdiri atas as- sirat
bercelaru.
fikir baik baik okay.
eh?

*********************************************************

karya sisi gelap
Cattle Decapitation
Job For A Cowboy
Make Them Suffer
...

*garu kepala

dah lama aku tinggalkan
dah lupa sikit sikit
tapi rasa macam nak layan balik
macam bulan sabit
separuh gelap dari hati aku


**********************************************************





sampai Jengka

tak kelakar beb tahan kencing dari kuala lumpur sampai lancang. kencing pun kebas je rasa. tak tahu dah habis ke belum.ekekekekekeke


***********************************


Saturday, February 16, 2013

label

jap jap.
kalau kau rapat dengan perempuan yang pernah jadi teman kawan rapat kau.
tu buat kau kena label apa?


*************************************************

susah kalau anak seorang punk, bapaknya seorang askar.
seorang rebellious, seorang lagi tidak
ada ja benda boleh buat gaduh.
tapi pandai bersenda.
hahahahaha

lancau.kang aku tarik janggut lu brader
bukan aku yang nak kahwin.
jangan pandang kumis aku beroo





Jengka pada 1100 hari ahad.

ahh guwa lupa nak tulis apa tadi. kahkahkahkah


**********************************


Friday, February 15, 2013

jalan Kepong boleh tahan barai. (lobang - lobang)

satu yang aku sedar.
aku tak nak jatuh lagi pada takuk yang sama.
situ je aku lemah.
sikit lagi setel benda ni.
cuma kena distract diri pada benda lain.


********************************************


ini perempuan (perempuan - perempuan)

banyak sangat dah aku dengar cerita pasal kau.
haihh.
dari dulu aku meluat.
cukup cukup lah tu ya?


***********************************************


susah mati (susah hati)

benda mudah jadi susah.takpa asalkan aku puas hati dapat lepak tiga hari penuh. tanpa orang yang aku tak berapa suka.

persetan janji cameron! persetan kilang coklat damansara! mandi air panas kat rumah lagi sedap! kahkahkahkah



***************************************************

aku kesian ngan sorang tu. tiga hari penuh masalah. kau orang patut jaga hati dia lebih sikit.


Wednesday, February 13, 2013

Jauh beb fikir.

ingat senang nak jadi punk?
bila kau kena hadap sistem. bangsat hari hari?
bila kita kena ikut juga tali anjing yang diorang pasang kat leher kita?
hoi punk tak makan sampah.
punk kena kerja.
punk pun ada nafsu nak makan nasi goreng ayam sekali seminggu.
cari rezeki nak sara diri.
camna nak kerja?
kenalah ada pendidikan.
so korban empat ke enam tahun muda kau untuk belajar.
belajar belajar belajar.
jangan sangkut. takpa boleh enjoy sikit.
masa ni lah punk kau bersinar.
tunjuk sikit punk pun kena ada education.
pastu?
kerja.
sampai bila?
sampai umur cecah lima puluh ke enam puluh?
masa tu kau dah jadi punk tua.
duduk rumah minum kopi depan rumah.
isap kretek.
tengok cucu main ngan lembu.
tapi lagu main kat mp3.
lagu Sick Of It All,Rancid,H2O blablabla.
punk hatkor jiwa muda kat dalam
muka berkerut kaki hentak ikut irama
masa tu pakai handfon zaman Mahathir lagi.
ingat senang nak jadi punk?
zaman berubah beb.
mentaliti pun ikut berubah.
tak senang nak jadi apa yang kita nak
jangan nanti sarung baju Dead Swan pakai kopiah haji warna hijau.
kahkahkahkah.



******************************************************************


Monday, February 11, 2013

tutup satu chapter.

sumpah aku tak terasa. selamat malam.


**********************************************************************


Sunday, February 10, 2013

terabur

aku bergerak mengikut naluri
tak suka di ikat tali pada leher
di bawa ke sana kemari

aku bertindak mengikut akal
bukan mengikut nafsu
kadang kadang
tuhan
tunjuk kan aku jalan keluar
dari bilik gelap ini
aku dah tak tahan
walau aku cuba bertahan menggunakan akal
dan mengelak bertindak mengikut nafsu.


************************************************


Saturday, February 9, 2013

Kesal.

jari mana?
telunjuk tunjuk mana?
hantu tunjuk mana?
mana?
hmmmm..



*************************************************

asal kau semacam dingin dengan aku?
tskk.


Friday, February 8, 2013

malam jumaat pangrok

basah.
mengelecek.
dua jaringan.
kalah.
lencun.
barai.
sungguh pangrok malam jumaat.


*****************************************************

*petang tadi ada eksiden. teruk beb. entah lah.



Thursday, February 7, 2013

malam khamis pangrok

sirap. tepung. telur. oh ya pekik pak guard Mercu



laju Yat kejar aku semalam. luka aku lari dalam semak.



*************************************************



Wednesday, February 6, 2013

jari hantu sama lu

at least kawan
jangan racun minda kau.
jangan jadi hamba kepada depresi
kau ni
buat aku marah
benda kecil jadi besar
kau bukan overprotective dah ni
tak nak orang kena macam kau
kau dah jadi overly attached
melekat.
jauh sikit sejengkal dah depressed.
maaf aku ludah

ya,aku lah basterd tu
terima kasih ingat kan aku.


******************************************************

Monday, February 4, 2013

kurang hajar.

pakcik sebelah kurang hajar.
menekan minyak kereta dia.
mengaum enjin.
budak budak ni mahu tidur.
bagi sedikit respek pakcik!



***********************************************************








0302 hingga 0319

senyum

dulu pernah kau kata
kau tak pasti apa dalam hati kau tu.
samada suka.cinta.atau nafsu.
aku sudah pesan.
jaga perempuan itu sebaik barang yang kau sayang.
sebab perempuan nilai dia lain.
infiniti.
sebab hati dia lain.
lebih nipis dari gelas,
sebab bila dia terluka dia lain.
lebih dalam.

tapi keputusan di tangan kau.aku bukan sesiapa mahu berkata.

maka kau putus kan hubungan itu.
kau jadi selesa.
tapi lama lama kau rindu.
kau dah faham apa kau rasa dulu.
sayang.

senyum lagi.

kau kejar dia balik.
takpa lumrah
bukan main rapat balik kau berdua.
aku harap kau dapat dia balik
kau semat dia dalam poket hati kau ketat ketat.
dah jangan lepaskan dia lagi.
aku taknak kau jadi aku.

*bakar rokok

tarik dalam
hembus.
ini hukum karma
aku dah kena balik apa yang aku buat dekat sebelum ni
Tuhan tunjukkan aku
terima kasih.


*************************************************************

80's music berlegar di ruang tamu.

akal.
jangan mati waktu ini.
kerana aku ingin terus ingat.
hati.
jangan pernah benci.
kau semaikan rasa sayang ini.
terus sampai bila bila.
mata.
jangan kabur.
aku tak ingin lupa struktur wajah dia.

bulan.
teruslah bersinar.
agar malam terus terang tanpa dia.
bintang.
teruslah berkelip.
dan sampaikan rinduku pada dia.
angin.
dakaplah dia.
agar dia terus dibuai mimpi indah.

bukan tuju kepada sesiapa.
cuma tangan ingin menulis.
tulisan yang hodoh seperti ini.


******************************************************

Saturday, February 2, 2013

Isu Semasa

Enjit Enjit Semut 2013 menghidangkan Sick Of It All  (Lejen NYHC)

okay.ni satu lagi.
nama event ni dikata memalukan.
bagi aku okay saja.
diskripsi EnjitEnjit Semut.
orang bawah yang ditindas.disakiti.dan terus di ludah.
lama lama dia cuba bangkit dari bawah.
naik atas.
untuk menjatuhkan yang diatas.
okay lah tu kan?
SOIA pun setuju je.
buat rilek.
jangan kerana benda remeh nak melenting
lek lek cool cool.
event ni dah tak lama dah.
jangan buat pelaq.huehh huehh.



******************************

Omnivora. Bukan Kanibalis

manusia.
bersifat omnivora.
bukan kanibalis.
makan daging umat sendiri.
ratah. kunyah.
yang lemah dijadi mangsa.
yang kuat terus diatas.
kunyah. ratah lagi daging umat sendiri.
yang penting.diri diatas.
itu sahaja.


jangan tanya aku sokong pihak mana.
siapa berkuasa sekarang.
guna kuasa yang ada.
medium yang ada semua dia pegang.
untuk mensucikan minda. mata. telinga. lidah. hati kita.
aku dah letih tengok wayang kau orang pasang.
kanibalis?diorang yang utama dalam negara ni.
tapi masih nak tuding sepuluh.tidak.dua puluh satu jari pada kita.
acik lu.
bukan orang yang kita pandang.
cara tu.cara
kau dah politik kan semua benda dalam hidup.
acik lu.aku dah bosan
bosan dengan wayang kau orang pasang.
bukan aku sokong pada sesiapa.
tapi aku nak tengok cara.
cara kau pimpin orang bawah kau
cara kau tadbir orang bawah kau
bukan semua bodoh.
bukan semua tak tahu kau kanibalis
akal. mata. hati. lidah. telinga. semua dah celik
kau je tak celik celik lagi bahalul.



bila dah taksub
kau maki hamun.sumpah celaka pada dia
tapi kau masih carik dia
aku teringat pesan seorang sahabat
manusia bercakap bagai meludah kelangit
apa yang dia ludah akan terpancut ke atas.
tapi kerana daya tarikan graviti.
ludah tadi jatuh balik ke bumi
tak. jatuh pada muka.
apa yang kita cakap reflek diri kita.
kita ludah.jangan jilat balik.
faham?



hahah.
aku gembira
hari sabtu kembali
sabtu tahi
tahi sabtu
macam cerita hindustan di peti television
ulang ulang dan ulang
cerita abad bila pun dia pasang
tak sabtu.mesti jumaat.
mesti takda air.
tolonglah.
bukan senang nak tahan masuk tandas.
lebih lebih lagi bila dah pukul empat macam ni
sakit bro sakit.
kahkahkahkah.




mesej.
itu saja medium kita.




**********************************************************************






Friday, February 1, 2013

hodoh.

*tulistulistulistulistulistulistulistulistulistulis

...

*padam

*tulistulistulistulistulistulistulistulistulistulis

...

*padam

*bakar rokok

tarik dalam.hembus
akal ludah macam macam
tak tahu mana satu nak mulakan dulu
cis bangsat.

*berhenti

aku dah malas.
malas nak menulis.



****************************************************************