cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Sunday, February 17, 2013

cubaan satu kali

*guwa dapat ilham dari tweet Deha.macam puisi.so cuba gubah gubah. jadi hodoh macamni:


ya.
aku seorang punk.
dan kau.
kau seorang gadis semasa.
berbeza pemikiran
berbeza pendapat.
berbeza nafsu.
berbeza personaliti
berbeza penampilan
hampir semua berbeza
kan?

kau seorang gadis semasa.
sentiasa mengikut arus.
yang terbaru semua kau mahu.
tidak mahu ketinggalan
aku?
hanya berpandu kepada gaya hidup.
hanya mengikut dimana hari aku membawa aku
berbeza
kan?

kau mahu kemewahan.
mahu memuas keinginan melalui wang ringgit.
mungkin bermimpi untuk makanan mewah
bermimpi untuk ke tempat tempat indah
bermimpi untuk mengexperience sesuatu di atas standard kau
aku?
tidak mampu untuk menjanjikan apaapa
mungkin menggunakan kenderaan awam untuk ke satu destinasi
mungkin hanya mampu memuaskan nafsu di kedai mamak
tepi kompleks
atau mungkin di gig gig kecil
kalau besar pun terpaksa mengikat perut
kau mahu?
memegang tangan ku?
dan bernyanyi lagu jalanan
melewati bangsatbangsat hidup ku?
hahahaha.

aku seorang punk
dan kau gadis semasa
tidak mungkin dapat bersama
kalau ada kebarangkalian pun
seperti menunggu hari esok bermula dengan indah
tutup mata
ahh persetan hidup
aku ingin mati
dengan cara hidup aku


*********************************************************

sumpah buruk
serabut acikk luu.