cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Tuesday, July 30, 2013

erat dan kemas

satu benda aku rindu
ikatan erat kemas keluarga aku yang dulu.

tolong lah berhenti menghukum.


keras nan lembut

"sekeras mana musik kau dengar, mesti kau nak dengar satu atau dua lagu yang boleh buat hati kau kecut, mata kau berair" (Pak Dut, 2013)

#np La Dispute - Andria

Sunday, July 28, 2013

Cari

kadang kadang kita tak perlu cari apa yang kita mahu. sebab nanti dia datang dengan sendiri.

contoh:guwa tak sahur lagi, Mael bawak balik satu roti kosong untuk guwa.

Kahkahkahkah.


saku si buta

orang selalu kata, cinta itu buta

aku ada sepuluh ringgit dalam saku, sudi kau minum air suam sama aku dekat mamak?


Saturday, July 27, 2013

attention seeker

dua tiga hari ni
aku rasa macam orang tua
salah tidur, sakit badan
terseliuh buku lali.
sakit dada.

ni semua mintak perhatian ni, kahkahkahkah.


ilham

aku dapat kopi
aku dapat rokok.
aku cucuh, aku hembus.
dalam dalam.
aku hirup, aku telan.
dalam dalam.

tapi aku masih tiada apa untuk diceritakan.


Monday, July 22, 2013

saku aku

malam ni aku mati lagi.

berapa nyawa lagi kau ada dalam saku seluar kau?


*aku harap kau bahagia dengan sesiapa pun yang berdiri sebelah kau sekarang. aku harap dia dapat basuh segala celaka kau, dapat menghiburkan malam malam kau, dapat membuat kau terus senyum dan melangkah ke depan dan melakar pelangi dan bintang pada tiap tiap saat kau menghirup udara ni.

aku? pergi lah mampus. aku ada nyawa lagi dalam saku seluar aku.


fuck you

marah.
kecewa.
sedih.

fuck you depression, boleh bagi aku ruang tak babi?

tis

aku lihat garis garis halus di muka mereka
aku dengar rungut rengek batas pergerakan mereka.
aku lihat senyum, 
pudar sinar mata

aku lihat orang tua aku
dalam rindu aku walau jarak hanya sejengkal,


enough said

dia sudah gembira.

sudah sudah lah *tepuk bahu*

Thursday, July 18, 2013

:)

ada senyum di pangkal.

*senyum*


kurang kisah

i dont care

samada dia crust punk
a hardcore, or punk rock.
even metal or irama melayu.

atleast dia ada bilamasa
senang.
susah.
manis.
celaka.

i dont care, paling kurang pun bukan kpop
marah mak aku nanti tengok. kahkahkah


Tuesday, July 16, 2013

beri aku

satu peluang.


perbualan pendek

"marah, tak apa. selamat malam"

...

"sorry, malam"

...


cari

berlari
mencari
jengket sedikit 
tengok dibalik bukit
dongak tinggi
lihat di antara bintang
raba raba
mana tahu ada didalam poket

aku cari apa?


bisik

si iblis mula membisik.
tujuh ratus tujuh puluh tujuh tingkat bahasa kesat.
samada kau nak turut atau tidak
terpulang.

iblis, kau bangsat.

mana pelangi?

jangan cari pelangi,
bila masa panas terik.
dia tak kan muncul, bahlol.

jangan cari pelangi,
di antara dua bukit.
kau ingat macam lukisan budak tadika?

jangan cari pelangi,
dia akan datang dengan sendiri
bila kau dan dia sudah bersedia.


Sunday, July 14, 2013

kalut

1225, terjaga dari tidur ada text mesej

"minggu depan boleh balik anak?"

kalut. 


malam ke empat

aku keluar rumah. dengan berbekal dua keping note lima ringgit dan sekotak john, guwa jalan kaki dari pintu rumah sampai bandar. sejuk dia lain macam. mungkin sebab aku dalam rasa kecewa. so aku terus melangkah. malam sabtu memang banyak rempit sikit. bunyi meriah penuh satu bandar. sampai di kedai mamak penuh. mungkin sebab gerimis tu yang padat orang duduk dalam. last last guwa lepak nadi kota.

duduk sorang sorang. brader brader depan guwa sembang kemain rancak. kiri kanan semua penuh orang, celaka, tak boleh jadi ni. satu benda tak boleh fikir. lepas habis air kopi ais dengan empat batang john aku terus bergerak keluar dari kedai. dengan gerimis terus.

mana aku nak pergi ni?

pagar,

aku pilih kedai paling tak ramai orang. brder kedai pakai baju madball. fuhh hatkor jengka. guwa nak tegur tapi dia sibuk masak kat dalam dapur. teh suam jadi penyedap. bakar rokok.

aku lihat anak kecil itu.
dalam dakapan erat ibunya.
mesra ditatang, tak putus senyuman ibunya hulur.
anak kecil.
kau masih belum lihat celaka dunia ni.
aku harap kau pilih jalan yang benar.
bukan macam aku.
bukan macam orang orang macam aku.

aku bakar rokok. fikiran jelas aku kosongkan. sebab hisap rokok dengan berfikir ni tak sedap. dalam aku tarik, dalam aku hembus. 

tib tiba dalam kusut malam.
terasa angin menyapa lembut bahu.
dan kau muncul dalam antara dunia nyata dan imajinasi.
semacam benar dari belakang aku.
kau senyum, menegur aku.
lalu kau duduk didepan aku.
kita berbual tentang dunia.
kita ketawa.
dan kau senyum lagi.
pegang tangan aku dan kata.

"sabar, dunia tak mampu berai tubuh kau"

aku senyum sorang sorang.
hirup teh suam yang sudah sejuk.

sedar sedar tinggal aku sorang dekat kedai. kakak tu pandang je aku, mungkin bertanya bila aku nak balik. jadi aku bakar lagi sebatang, habiskan sisa teh dan hulur seringgit.

malam masih gerimis.
aku melangkah perlahan dalam dingin.
dengan bau tar basah dan rumput menjadi sedap.
jam tepat dua belas suku.
jalan raya sunyi tanpa lampu kenderaan.
cuma aku dan jalan yang sunyi.
dan lampu jalan serta unggas.
menjadi peneman malam aku yang rapuh.

tiba tiba lampu motor menghampiri.


Saturday, July 13, 2013

mengemis

aku mengemis hati aku
pada siapa siapa yang mahu menatangnya.

hati, boleh diam tak?

sabtu, melihat balik mesej ringkas dia pada ahad lepas.

dia kata dia nak datang hari ini.
mahu beri aku sesuatu.

takpa, mungkin dia lupa.


berehat.

hari ni aku perlu berehat.
bersembunyi dalam hati kecil aku yang rapuh.
dari dunia yang sentiasa meludah keji diri aku.


celaka.

tapi dia terlupa.
dia bukan tuhan 
untuk orang datang berkunjung
untuk orang datang mengemis 
untuk orang datang memuja
dia hanya manusia
sama macam aku
sama macam semua orang.

kenapa masih berlagak angkuh seperti tuhan, celaka?


0405

aku menari tempang.
malam ku terbisik si iblis.
menunggu si kupu kupu malam.
menghiburkan malam malam yang celaka.

0402. berteman kan angin yang cukup dingin aku rasa sedikit sugul. aku masih menanti jawapan baru yang aku bisik kepada tuhan. cepat atau lambat semua sudah dibukukan pada Nya. aku tunggu jawapan Mu.

hai kawan

hai kawan mari sini.
kau sedih?
nah peluk.
aku hangatkan dengan kasih aku.

hai kawan mari sini.
kau marah?
nah peluk.
aku padamkan dengan kasih aku.

Hai kawan mari sini.
kau sunyi.
nah peluk.
kau cerita lah apa dalam hati kau.

hai kawan mari sini.
sini.
kau buat apa dekat situ?
mengendah aku?
nah batu.
kasi kau ingat sikit macam mana sakit aku sekarang.

kahkahkah

imajinasi

kalau kau bulan
aku mahu jadi roket.
supaya bila aku rindu aku akan mengorbit diri kau
sampai haus rindu aku.

kalau kau kertas putih.
aku mahu jadi pena.
supaya aku dapat hias diri kau dengan kata kata
yang aku pinjam dari syurga.

kalau kau bunga.
aku mahu jadi hujan.
supaya kau tak perlu kering tanpa air.
aku ada setiap masa untuk memenuhi keperluan kau.

kalau 
kau
aku
mana?
dalam kepala aku yang kuat berimajinasi.

penjuru kecil.

di satu penjuru kiri.
ada hati aku yang kecil.
berselaput dengan lumpur bangsat.
dan berdarah duri.

nah, siapa siapa mahu, sila jaga dan selimutkan dia dengan sayang.
sebab hati tu kecil ja, bukan pemilik bangsawan mana mana.


salah

diri diselimut gelisah.
deras rasa jantung mengepam.
terkadang sesak.

celaka, bila mahu buang air besar ni?

ni semua salah garlic cheese nan.

Friday, July 12, 2013

Awan

Aku ingin bebas seperti awan.
berselerak di setiap penjuru langit.
tiada apa apa yang perlu di fikiran.
yang penting gemuk.
yang penting aku mampu meneduh pada yang kasih.
melakar pelangi selepas gerimis bertamu.
membawa diri mengikut mana angin bawa.

Aku ingin bebas seperti awan.
tapi aku kena sedar.
aku hanya manusia.


Thursday, July 11, 2013

buku kosong

guwa dapat buku kosong dari teman rapat.
ini satu katalis untuk guwa terus kan kerja guwa.
kbye

gambar rajah.

maaf

maaf.
aku terbaca blog kau.
maaf lagi sekali.
akhirnya aku dah tahu pendapat kau tenatang aku.
maaf lagi.
kalau aku bikin hidup kau susah.
maaf ya.
aku cuba...

aku tak dapat habiskan ayat aku, maaf.


pandang

pagi tadi dalam kelas. guwa ngantuk sangat. guwa bangun guwa keluar ke tandas. tepi tandas tu ada sekumpulan perempuan. guwa lalu redah diorang.

*pandang aku

celaka! Kau tak pernah tengok lelaki hodoh ke?!


subtitute

apa yang ada pada aku?
sekotak rokok?
lagu lagu dalam phone?
sepeket serbuk kopi?

ah, aku perlu carik subtitute yang lebih pawer lagi.
hahaha

diam

kata kata aku sekarang tak bermakna.

Hati, kau tolong diam boleh tak?


Malam hujan

malam ni hujan.
sejuk dia agung.

malam ni hujan.
sejuk dia agung.
hampir semua sedang lena di buai mimpi.

malam ni hujan.
sejuk dia agung.
terdengar batuk dari bilik hujung.

malam ni hujan.
aku nyalakan lagi rokok sebatang.
aku kena tunggu pukul tiga.
nak kejut satu rumah beli lauk sahur.
kahkahkah.

Wednesday, July 10, 2013

Bertamu

Sunyi.
Tenang.
Langit berbintang.
Angin dingin.
Bersiul lagu sayu.
Berzikir memuji Ilahi.
Telah datang rahmat.
Bertamu untuk tiga puluh hari.

Al-Mubarak datang berkunjung.
Tiap satu menjadi penguji.
Nafsu terpandang sebagai musuh.
Iman sebagai tanda aras.

Semoga Ramadhan ini menjunjung rasa cinta kepada Ilahi.


Tuesday, July 9, 2013

0214

Mahu diasah.
Sudah tumpul.

Fuyooo.

Bersama Tuhan 3

Aku mohon.
khilaf aku pada kau maha busuk.
Kalau aku bukan untuk kau.
Dan vice versa.
Padamkan lah rindu aku pada dia, Tuhan.

Aku doakan kau bahagia.
Ingatkan aku untuk doakan kau.
Sebab kau perkara paling adiktif dalam hidup aku.
Dan kalau benar.
Padamkan lah rindu aku pada dia, Tuhan.

Sebab sayang aku mampu buat aku terbunuh.

Bersama Tuhan 2

Tuhan.
Kalau aku lupa.
Mohon tujah aku sekuat mungkin.

Astaga.


Bersama Tuhan

Memasung tubuh ke arah kiblat.
Ini masa antara aku dengan Tuhan.
Sebak.

Ini masa aku dengan Tuhan.
Dia maha dengar.
Dia maha tahu.

Tapi seringkali aku abaikan dia.

Aku merintih.
Aku hamba Kau terpaling hina.

Bukan aku

Jadi 
Apa yang ada pada aku?
Siapa aku?
Semacam baru terlihat watak sisi gelap
Yang pekat hitam nya.

Ini bukan aku.

Dulu aku ingin mengabaikan sisi dunia.
Yang ingin aku lihat jelas hanya aku sendiri.
Tanpa bangsat beban dunia.

Jadi.

Ini bukan aku.

*hela nafas dalam, hela kesal*

Macam terpukul.
Aku kena berubah.

Cermin

Berdiri di hadapan cemin.
Memantul reflek wajah dan tubuh kering.

Apa yang aku lihat?

Aku hanya nampak hitam.
Benci.
Dengki.
Hasad.
Cemburu.

MasyaAllah.

Lalu aku ambil razor dan cukur facial hair.


definasi

Definisi bahagia berbeza bagi tiap tiap orang.
Berbeza mengikut kehendak dan keperluan masing masing.
Nafsu turut terkait rapat.

Pada uwang.
Pada harta.
Pada pangkat.
Pada cinta.

Jadi apa definisi bahagia aku?

aku juga manusia yang terkadang bahagia bila ada uwang dan harta.
Tapi aku tiada cinta dari manusia.
Sekian

Monday, July 8, 2013

di sini.

aku bukan jenis pandai meluah apa apa pada orang. aku lagi prefer untuk pendam. dan menyalur rasa melalui kata kata. disini. 

aku main main.
kau main main.
kahkahkah

Berubah

masa beredar.
setiap detik.
setiap saat.
jarum panjang melintas dari nombor satu ke dua belas.

dan pada masa yang sama.
manusia turut berubah.

Sama macam jarum panjang tadi.
dia melintas tanpa pandang belakang.

terima kasih

aku buka balik coretan lama kau di laman blog kau.
ya kau dah padam, buang.
tapi masih boleh dibaca.

aku baca balik konversasi di laman facebook kita.
dari mula aku kenal kau.
Dimula dengan salam.

aku baca mesej ringkas.
satu satu dibuka, dibaca.

apa yang aku boleh ringkas kan.
dulu kau berkata, kau menulis, tanpa berfikir.

terima kasih sebab lupa.

Sekejap

sekejap.
aku terapung.
dalam fantasi.
yang tidak berlatar belakang.

hanya putih.
tiada pelangi.
tiada rasa.
tiada kau.

sekejap.
fantasi bangsat apa aku cipta ni?


Pernah

pernah kau rasa?
kau ingin seseorang itu jatuh tersungkur dalam dunia bahagia dia?
dicabul rasa kelam sampai dia sedar celaka dunia bagaimana?

dan sampai tiba masa itu.
di saat kau inggin melempar bahasa neraka pada dia.
baru kau sedar.

dia juga manusia.
dihembus roh di dalam bekas tubuh hina.
dia juga ada rasa.
sama macam kau.

padam lah amarah.
iblis hanya membisik.

satu kali lagi.

sekali lagi.
berdiri sendiri.
dan masih bertanya.

"mana tangan yang bakal menarik aku dari sudut gelap ini?"

kau orang tahu.
terkadang aku rasa lemas.
mati.
walau aku belum bertemu si maut.

mana?
siapa?
bila?

terus menari
mencarik tubuh dengan kuku keras berdarah.
dalam mana rasa luka ni,
aku dan tuhan saja yang tahu.

Friday, July 5, 2013

bahagia

baring sorang sorang. yang menemani hanya cahaya terang dari skrin laptop. aku cuba fikir balik mana punca semua kemelut ni berlaku. 

siapa tak mahu bahagia? kau tanya brader pengemis tepi jalan dia pun sanggup gadai tubuh asal dia bahagia lah. 

jadi kenapa semua berubah? kenapa masing masing cuba megah menunduk kan satu sama lain? kau nak menang baru kau rasa bahagia? come on lah.

aku jadi haru. pusing. 
keluarga.
kawan kawan.
dia.
semua berkait satu sama lain.

tuhan.
aku bukan lah hamba kau yang paling taat.
tapi aku cuba sedaya aku.
terkadang nafsu aku bertuan kan

dengar lah 
aku mohon semua kembali kepada sedia kala
macam dulu dulu.

aku mahu bahagia.


Thursday, July 4, 2013

analogi sebuah luka yang sembuh acik lu.

pisau.
tajam.
hiris.
pedih.
sakit.
luka.
darah.
parut.
kesan.
hilang.

bukan berniat mahu bunuh diri.

Ketika ini.

yang terakhir.
untuk ketika ini.

sial.

di selimut rasa rindu.
yang dikit dikit dicarik 
terasa dingin gundah menyapa tubuh.

di rantai rasa celaka.
dimana setiap kali cuba melangkah walau sejengkal.
terus di tarik deras ke binasa.

manusia.
mana wujud indah dalam hitam.
bila pandangan gelap tanpa putih.

pelangi di cita ribut yang mendatang.
membawa bersama si iblis membisik berahi.
dipinjamkan seribu madah dari pintu ke tujuh.
nah.
tiada kata seindah dari neraka.
untuk mengambarkan rasa dalam hati.

tiada kata seindah dari neraka.

mana hilang indahnya bahasa.
sial.
sial.
aku menulis mengikut nafsu.
sial.

tak layak

kau tak layak
untuk dimaki dan di hamun.
oleh aku.
oleh orang lain.

kau tak layak.
faham maksud aku?

balik.

minggu ni aku balik.
sebab aku ingin bertemu kau.


malam tadi.

yet.
satu kali ni.
malam tadi.
satu benda telah berlaku.

ego manusia ni tinggi.
maha tebal.
tapi macam mana pun mampu runtuh dengan air mata.
alhamdulillah.

satu per satu.
runtuh.
satu per satu.
malam tadi aku nampak keikhlasan.

tinggi mana ego.
jauh dalam lubuk hati pasti ada sekelumit rasa sayang.
cinta.
malam tadi aku dah nampak.

dan dikala suram merantai rasa.
tuhan berikan aku malam tadi satu kegembiraan.
aku lihat dari atas.
yang dulu berpaling kiblat antara satu sama lain.
kini dalam satu ruang yang haru.
gembira.

satu saja.
aku harap ini benar.
amin tuhan dengar lah mohon hamba mu.
amin.

Wednesday, July 3, 2013

Tahu.

Tuhan saja tahu dalam mana rasa aku pendam pada kau.
Dan tuhan saja tahu dalam mana hancur aku rasa sekarang.



Monday, July 1, 2013

Mohon

Kalau kau baca post ini
Dan kau tahu siapa yang aku maksudkan
Aku mahu mendengar pendapat kau

Siapa aku pada kau

Sebab aku dah lama mati dalam persoalan ini
Dua tahun yang lepas.

Menipu

Mata melihat
Telinga mendengar
Hati merasa
Akal mentafsir

Manusia tak kan pernah berhenti menipu
Sama macam aku.
Dan lain lain.



Gulana

Terjaga
Dengan hati gundah
Ya Tuhan
Mohon diturunkan lagu malam yang indah 
Pada malam yang lain
Agar dapat di carik segala resah malam
Yang sentiasa memikirkan kebangsatan dunia.

"Pinta hati kecil hamba Mu"