cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Thursday, February 6, 2014

come out, come out

*suluh suluh*

mana pemangkin semangat guwa!


**********************************************


Monday, November 11, 2013

setiap kali selepas tidur. bila mata terbuka malas tubuh mengerang. maka bermula lah sebuah cerita: pada suatu hari...

kaki masih rasa kebas kebas. mata di gosok gosok. kepala memikir hari semalam. hati gusar untuk hari ini. apa lagi yang dituju?

so macam mana mahu mulakan, pada suatu hari.. dan berakhir dengan ... maka mereka hidup bahagia ke akhir?


sayang dibuang

lama ali tenung, dalam dalam. gusar bermain dalam kepala dan menari ke hati. berat. memakan diri. 

"li, apa lagi kau fikir?"

ali paling, kawan nya rahman berdiri di depan pintu ruang tamu. geleng kepala. 

"tak da apa man, aku macam 50/50 lah kat benda ni, haihhh"

"apa lagi yang 50/50 nya li, kau tak boleh dah nak fikir lagi benda ni. kau pun tahu apa yang kau patut buatkan? dari malam semalam kita bincang benda ni, dan..."

"tapi.." celah ali

"apa lagi li??" 

dahi rahman berkerut, dia mengetap gigi nya. ali jadi buntu, dia tahu rahman ni mudah naik angin. kalau dia ungkap sepatah lagi mahu dia kena maki sampai ke tengahari

*cucuh rokok*

rahman menghela satu dengus kesal. cukup kuat untuk membangkitkan rakan sebiliknya di bilik atas yang masih berselubung selimut; kamal. kamal menjenguk dari tangga.

"li, aku faham kau dengan dia dah macam hidup kau kan. mana kau pergi dia ada. tapi kau kena ingat, dalam dunia ni tak ada yang kekal. semua akan pergi. tinggal kan kita. tak semua kisah berakhir dengan happy ending."

rahman mengeluarkan sebatang rokok canyon lalu dicucuh

"aku tau man, tapi bukan senang kita nak buang something yang begitu precious dalam hidup kita ni. bila dah selalu lekat sama sama, aku nak buang pun jadi sayang man. dia dah macam udara, takda dia mati aku man.."

"li, aku sebagai seorang kawan kau, aku sendiri tak tahan tengok kau macam ni. kau ingat aku suka ke tengok setiap kali kau dah mula melangkah, kau jatuh. kau ingat aku suka ke? tolong la li, kau kena jugak buang jejauh. tolong lah. itu je aku mintak.."

.....................................................

petang semakin gelap. ali duduk di bangku depan rumahnya sambil melihat langit merah. wayar pencawang telefon yang lurus menjadi bergelora dari sisi mata ali. jernih air mata meluncur turun jatuh ke dagunya. sendu. dia tahu, walau sudah tiga tahun bersama, sudah tiba masa dia harus melepaskan nya. dan dia tahu hanya masa akan menyembuhkan sakit sayang yang terbina dua tiga hari yang lepas. dengan satu hembus asap nikotin terakhir, ali memadamkan puntung rokok dan masuk kedalam rumah.

malam itu, ali keluarkan sepasang kasut rabak dari almari kasut di dalam stor. dibungkusnya elokelok, lalu di buang kedalam tong sampah di luar pagar rumah. rahman dan kamal yang berdiri di depan pintu utama rumah senyum, lalu mendapatkan ali yang masih tercegat di depan tong sampah hitam tadi.

"takpa li, esok kita keluar, kita cari kasut baru untuk kau ya?"

ali memandang kedua rakannya, lalu mendakap mereka.


********************************************************

lu tak tahu apa rasa bila lu sarung kaki dalam kasut orang lain. apa yang dia bawa lu pergi kemana, pada siapa dia bawa lu pergi, samada cinta atau benci. lu tak taktahu

-tammat-


kelakar macam mana aku rasa hidup aku dah seratus peratus musnah. pergi mati, aidil. pergi mati.


Friday, November 8, 2013

kering kantung rasa
rela dipotong segala urat 
biar mati aku disini



kita terlalu muda
untuk mengenal erti dunia
sebenarnya...

yang dikata cela
bahagia
indah
rapuh
pabila tiba masa
Tuhan carik segala isi dunia
semua hanya tinggal kiasan

kita masih mentah
kerna kita manusia
yang tak pernah belajar dari apa yang dahulu