cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Saturday, August 31, 2013

kahkahkah

you are a flower
i want you
and put you in a nice flower pot
behind my window
so you can happy my day

blurghhh


hey kau

hey kau
aku jadi buntu
bila mana aku jadi mati akal
untuk berbicara
dengan kau

hey kau
aku mahu kau tahu
niat aku ini ikhlas
bukan mahu bermain 

hey kau
genggam tangan aku
aku bawa kau ke satu zenith
dimana kita bina ruang dimensi
kita sendiri

hey kau
aku menari tempang
terkadang jatuh tersembam
mahu kau angkat aku
dan menari dengan aku?

hey kau
ini aku
itu kau
mari sini
jadi kau dan aku

hey
macam gampang.


merdeka

aku mula bertanya
apa erti merdeka
bila mana
akal masih tersepit antara dua dinding
tubuh terikat dibelenggu rantai
ludah si kapitalis dan si penjajah masih dikutip di lantai,di jilat

ah
aku pun kira sama

apa erti perjuangan mereka suatu ketika dahulu?
bahlul.

kita semua masih terjajah.




malam 29

malam semalam agak pisang. tak tahu nak buat apa. then aku buka profil sorang sorang kat twitter. tengok friendlist. (kahkahkah) saja nak tengok muka muka mana aku kenal lagi, and then....

haaa jackpot!


**************************************************************

kau
aku
janggal.
mohon
berikan
responds
yang
baik

boleh?


Thursday, August 22, 2013

kawan

Kawan.
lapang kan hati.
luaskan fikiran.
buang jauh jauh gusar celaka.
aku tahu.
dari mimik wajah.
dari bahasa tubuh.
aku bukan mengendah.
aku turut merasa.
beban kau pikul pada leher.
bukan tak mahu tahu.
tapi kau perlu sedar.
aku ada.
mereka juga.
untuk melenyapkan palat.
yang berselimut pada tubuh kau.

senyumlah.


jalan akhir

dalam
sempit
sesak
gelap

jalan akhir.
kembali kepada Tuhan.
Dia maha tahu.


Wednesday, August 21, 2013

sekian

terkadang.
aku kesal dengan segala keputusan yang aku buat.
tentang segala isi dunia.
semua macam gagal.
keluarga.
teman.
cinta.
diri.
aku rasa aku layak.
di injak.
di pijak.
di ludah.
di hempas.
bercerai debu.
tanpa ihsan.
sekian.

mengerti

maha gila.
mahu jadi apa?
jangan berani kau toleh ke belakang.
aku tahu.
pedih perit yang bersarang.
tak kan terpadam.
walau kau basuh.
dengan air hujan.


Monday, August 19, 2013

bangsat

kering
tiada lagi rasa
sudah puas kau ratah aku, bangsat?


tolong

tolong
bisik pada telinga aku
yang kau rindu

tolong
tenung mata aku dalam dalam
sampai kau lena

tolong
usap lembut rambut aku
buang resah dalam diri

tolong
muncul lagi depan aku
boleh?


Saturday, August 17, 2013

missing rindu

There you go.
Your existence is addictive.
Its been a days.
But its feels like a years.

Your eyes 
Your lips
Your cheeks.
Your skin

Fuck it.
Im out of my lines.

Nama kau pun aku masih tak tahu.
Mimpi kau ni babi
Kahkahkah


celaka

gelap malam.
terasa kebas.
dengan dingin sejuk.
basah hujan.
lenyap rasa.

jasad tanpa rasa.
celaka.


mohon

aku mohon.
Tuhan.
permakbul setiap  satu doa.
yang aku tadah.

aku mohon.
Tuhan.
jangan pernah Kau lenyapkan.
Nama Kau dalam hati aku.

Aku mohon.
Perdengar kali ini.


wajah dirindu

di setiap satu titis hujan
ada terlihat bias wajah kau
aku mula rindu
setiap inci wajah
yang tak pernah aku jumpa.

siapa kau, cinta?


Thursday, August 15, 2013

sedia

guwa tikam.
cincang.
lunyai tak berbentuk.
guwa pijak.
seret seret.
hilang berdebu.

okay. guwa dah bersedia nak bercinta lagi.
kahkahkah.


bisu

i saw her again.
kali ni dalam jarak yang amat dekat.
ya.

aku jadi bisu.


satu

satu per satu.
aku carik.

satu per satu.
aku kunyah.
lumat.

aku ludah.
dalam.

aku malas nak bergaduh dengan diri sendiri dah.
malas nak main main dengan bait.
kahkahkah.

Saturday, August 3, 2013

roman picisan.

setiap roma kau aku rindu.
lekuk tubuh mu ku tagih.
harum rambutmu adiktif.
matamu bersinar aku mahu.

roman picisan.
buang masa aku.


mahu kau.

aku mahu kau.
yang muncul dikala aku sakit.
berdarah nanah.
busuk.
kau basuhkan satu per satu.
tanpa mimik jijik.

aku mahu kau.
yang berlindung di bawah pohon rindu.
menyanyikan simfoni kasih.
yang bernada mimpi.
membuai aku.

aku mahu kau.
yang aku cipta dari imajinasi aku sendiri.
yang tiada cacat cela.
ini.



celaka bulan.

tafsir kan mimpi aku.
bulan jatuh ke riba.
berat yang amat sangat.
patah riuk tulang kaki.

nah bulan yang dipuja.
bila jauh dirindu.
dekat di celaka.

celaka kau bulan.





Friday, August 2, 2013

mahu di tatang pada tapak tangan.
sedikit sedikit dibasuh nanah pada tubuh.
hilang segala perit sakit.
hati sudah lama kering.
tidak bermaya mahu berpaling lagi.

tatangkan pada aku rasa kasih.
basuhkan pada aku nanah kecewa.
hilangkan pada aku perit celaka.
rasa yang sudah lama kering.
tidak bermaya mahu mengemis rasa.


taip taip padam

pegang pada apa yang kau percaya.
bunuh setiap harapan yang orang hulurkan.
nah!
jadi diri kau sendiri.

tak perlu sembunyi di belakang patung berhala yang orang idam untuk memuja kau.


******************************************

memories;
ibarat keping keping foto.
bila kau terlihat, terasa seperti di dalamnya.

lihat, rasa, kemam.

memories;
ibarat keping keping foto.
bila di endah, mereput

dan kau tak kan sedar kewujudan moment itu.

garu kepala


******************************************

1018-1019

taip taip, padam.


main mata.

satu hari di perpustakaan.
dua pasang mata terhubung.
tiga saat.
empat .
lima minit.
enam.
tujuh soalan.
lapan.
sembilan.
sepuluh.

dia berlalu.
tapi mata kita terhubung.

dan pagi tadi.
sebelas.
dua belas tingkat teruja.
dua mata hari itu terhubung lagi.

kenapa main nombor celaka.
kerana aku mahu nombor telefon mu.

kahkahkah