assalamualaikum
cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan
Friday, July 18, 2014
Thursday, February 6, 2014
come out, come out
*suluh suluh*
mana pemangkin semangat guwa!
**********************************************
Monday, November 11, 2013
setiap kali selepas tidur. bila mata terbuka malas tubuh mengerang. maka bermula lah sebuah cerita: pada suatu hari...
kaki masih rasa kebas kebas. mata di gosok gosok. kepala memikir hari semalam. hati gusar untuk hari ini. apa lagi yang dituju?
so macam mana mahu mulakan, pada suatu hari.. dan berakhir dengan ... maka mereka hidup bahagia ke akhir?
kaki masih rasa kebas kebas. mata di gosok gosok. kepala memikir hari semalam. hati gusar untuk hari ini. apa lagi yang dituju?
so macam mana mahu mulakan, pada suatu hari.. dan berakhir dengan ... maka mereka hidup bahagia ke akhir?
sayang dibuang
lama ali tenung, dalam dalam. gusar bermain dalam kepala dan menari ke hati. berat. memakan diri.
"li, apa lagi kau fikir?"
ali paling, kawan nya rahman berdiri di depan pintu ruang tamu. geleng kepala.
"tak da apa man, aku macam 50/50 lah kat benda ni, haihhh"
"apa lagi yang 50/50 nya li, kau tak boleh dah nak fikir lagi benda ni. kau pun tahu apa yang kau patut buatkan? dari malam semalam kita bincang benda ni, dan..."
"tapi.." celah ali
"apa lagi li??"
dahi rahman berkerut, dia mengetap gigi nya. ali jadi buntu, dia tahu rahman ni mudah naik angin. kalau dia ungkap sepatah lagi mahu dia kena maki sampai ke tengahari
*cucuh rokok*
rahman menghela satu dengus kesal. cukup kuat untuk membangkitkan rakan sebiliknya di bilik atas yang masih berselubung selimut; kamal. kamal menjenguk dari tangga.
"li, aku faham kau dengan dia dah macam hidup kau kan. mana kau pergi dia ada. tapi kau kena ingat, dalam dunia ni tak ada yang kekal. semua akan pergi. tinggal kan kita. tak semua kisah berakhir dengan happy ending."
rahman mengeluarkan sebatang rokok canyon lalu dicucuh
"aku tau man, tapi bukan senang kita nak buang something yang begitu precious dalam hidup kita ni. bila dah selalu lekat sama sama, aku nak buang pun jadi sayang man. dia dah macam udara, takda dia mati aku man.."
"li, aku sebagai seorang kawan kau, aku sendiri tak tahan tengok kau macam ni. kau ingat aku suka ke tengok setiap kali kau dah mula melangkah, kau jatuh. kau ingat aku suka ke? tolong la li, kau kena jugak buang jejauh. tolong lah. itu je aku mintak.."
.....................................................
petang semakin gelap. ali duduk di bangku depan rumahnya sambil melihat langit merah. wayar pencawang telefon yang lurus menjadi bergelora dari sisi mata ali. jernih air mata meluncur turun jatuh ke dagunya. sendu. dia tahu, walau sudah tiga tahun bersama, sudah tiba masa dia harus melepaskan nya. dan dia tahu hanya masa akan menyembuhkan sakit sayang yang terbina dua tiga hari yang lepas. dengan satu hembus asap nikotin terakhir, ali memadamkan puntung rokok dan masuk kedalam rumah.
malam itu, ali keluarkan sepasang kasut rabak dari almari kasut di dalam stor. dibungkusnya elokelok, lalu di buang kedalam tong sampah di luar pagar rumah. rahman dan kamal yang berdiri di depan pintu utama rumah senyum, lalu mendapatkan ali yang masih tercegat di depan tong sampah hitam tadi.
"takpa li, esok kita keluar, kita cari kasut baru untuk kau ya?"
ali memandang kedua rakannya, lalu mendakap mereka.
********************************************************
lu tak tahu apa rasa bila lu sarung kaki dalam kasut orang lain. apa yang dia bawa lu pergi kemana, pada siapa dia bawa lu pergi, samada cinta atau benci. lu tak taktahu
-tammat-
kelakar macam mana aku rasa hidup aku dah seratus peratus musnah. pergi mati, aidil. pergi mati.
Friday, November 8, 2013
kering kantung rasa
rela dipotong segala urat
biar mati aku disini
kita terlalu muda
untuk mengenal erti dunia
sebenarnya...
yang dikata cela
bahagia
indah
rapuh
pabila tiba masa
Tuhan carik segala isi dunia
semua hanya tinggal kiasan
kita masih mentah
kerna kita manusia
yang tak pernah belajar dari apa yang dahulu
Saturday, November 2, 2013
noktah.
pada setiap titik noktah.
aku mengharap ada cerita baru bermula
aku harap aku lebih sedia
lebih kuat
untuk di-tumbok rusok
dihempas
di cela
sama dunia
sama cinta
**************************************************
kertas berlipat berbentuk hati
yang dulu kau carik
kini aku cantum semula
dan mengharap kau terima nya
samada untuk dicarik atau disimpan
itu peluang kau
itu terpulang
*************************************************
si bulan berpungguk rindu
apa kau tak letih?
duduk di situ mengharap belas
pada yang tak pernah hirau sama kau?
si bulan berpungguk rindu
sudah lah, sudah lah
**************************************************
segelap langit
sedingin malam
tiada bintang
tiada mimpi
tiada apa apa
aku mengharap ada cerita baru bermula
aku harap aku lebih sedia
lebih kuat
untuk di-tumbok rusok
dihempas
di cela
sama dunia
sama cinta
**************************************************
kertas berlipat berbentuk hati
yang dulu kau carik
kini aku cantum semula
dan mengharap kau terima nya
samada untuk dicarik atau disimpan
itu peluang kau
itu terpulang
*************************************************
si bulan berpungguk rindu
apa kau tak letih?
duduk di situ mengharap belas
pada yang tak pernah hirau sama kau?
si bulan berpungguk rindu
sudah lah, sudah lah
**************************************************
segelap langit
sedingin malam
tiada bintang
tiada mimpi
tiada apa apa
to achieve something you must sacrifice everything. we're just a fool mafakas.
tambah tolak lima tahun, dapat juga aku senyum puas. yang dulu aku niat kan untuk kedua orang tua.
cubaan kedua untuk tamat diploma: berjaya
ala bro, baru diploma. kahkah
so guwa nak jadi ape lepas ni?
Tuesday, October 29, 2013
kewujudan.
kewujudan kau kini,
sama ada aku rindu
aku benci
entah mana satu
sekian.
4.
sial,
bila mahu kau keluar bertenggek, bersarang dalam aku?
dalam hati aku?
kau masih belum puas susahkan aku?
sial.
terfikir
kadang aku fikir.
macam mana rasa bila jadi si mati.
macam mana aku akan mati nanti?
siapa yang berada di sebelah aku masa tu, masa aku mahu hembus kali terakhir.
siapa orang terakhir aku lihat sebelum mati.
siapa yang akan menangis? siapa yang akan bersorak?
apa masa itu ada yang cinta aku?
dan siapa yang akan tanam kan aku nanti?
siapa yang akan membaca Yasiin sedekah kepada aku?
siapa yang akan lalu di tepi kubur, dan berkata kepada teman nya, kekasih nya, anaknya;
"kau mahu tahu, itu teman aku dulu, aku rindu sama dia.."
apa masa itu ada lagi yang ingat sama aku?
setahun kemudian?
lima tahun kemudian?
seabad kemudian?
apa masa itu ada lagi yang senyum tawar bila nama aku disebut?
atau aku hanya dilupakan sebaik aku hembus nafas terakhir?
Allah, ampun kan aku.
sesnugguhnya aku tiadak tahu masa depan ku, kematian yang sentiasa berada di belakang, menanti
***********************************************************************
macam mana rasa bila jadi si mati.
macam mana aku akan mati nanti?
siapa yang berada di sebelah aku masa tu, masa aku mahu hembus kali terakhir.
siapa orang terakhir aku lihat sebelum mati.
siapa yang akan menangis? siapa yang akan bersorak?
apa masa itu ada yang cinta aku?
dan siapa yang akan tanam kan aku nanti?
siapa yang akan membaca Yasiin sedekah kepada aku?
siapa yang akan lalu di tepi kubur, dan berkata kepada teman nya, kekasih nya, anaknya;
"kau mahu tahu, itu teman aku dulu, aku rindu sama dia.."
apa masa itu ada lagi yang ingat sama aku?
setahun kemudian?
lima tahun kemudian?
seabad kemudian?
apa masa itu ada lagi yang senyum tawar bila nama aku disebut?
atau aku hanya dilupakan sebaik aku hembus nafas terakhir?
Allah, ampun kan aku.
sesnugguhnya aku tiadak tahu masa depan ku, kematian yang sentiasa berada di belakang, menanti
***********************************************************************
Monday, October 21, 2013
FACT: segitegi di bina sebelum aku masuk uitm pahang
FUCK: segitegi adalah laman informasi segi tiga bermata satu
d.
aku tak berapa suka minggu ni
apa ni? hilang punca lagi.
**************************************************
karma
wujud kah?
kalau wujud
aku mahu kirim kepada kau
agar aku boleh bersorak bila kau jatuh tersembam ke bumi
jadi,
jahat kah aku?
***************************************************
si tudung kelabu
senyum
mata
lesung pipit
ibarat kiasan syurga
takpa
jauh banding dengan aku
bayang si neraka
****************************************************
*nyalakan rokok*
*hembus bernada kesal*
- nothing to do
- duit takda nak beli rokok
- apa yang aku buat nampak salah
- aku tak mampu nak approach dia lagi
- balik kepada nombor 2.
apa ni? hilang punca lagi.
**************************************************
karma
wujud kah?
kalau wujud
aku mahu kirim kepada kau
agar aku boleh bersorak bila kau jatuh tersembam ke bumi
jadi,
jahat kah aku?
***************************************************
si tudung kelabu
senyum
mata
lesung pipit
ibarat kiasan syurga
takpa
jauh banding dengan aku
bayang si neraka
****************************************************
*nyalakan rokok*
*hembus bernada kesal*
ego-ng
apa yang aku nampak
perempuan lagi senang nak luah apa yang diorang rasa, lihat, dengar dari sekeliling berbanding lelaki.kenapa?
kenapa? sebab lelaki ada ego setinggi langit, setebal tujuh buah tembikai
hilang punca
Saturday, October 19, 2013
Tuhan,
aku gagal lagi.
yang aku fikir aku mampu tempuh dengan kedua tangan
tapi terikat pada belakang, jatuh tersembam.
Tuhan,
aku lemah lagi.
bantu aku
masih terkurung dalam bilik tidak berpintu
gelap tanpa cahaya.
Tuhan,
aku sentiasa gagal dan lemah.
mereka kata,
semua yang tercipta antara kita adalah titik titik halus
yang menyambung antara satu sama lain dengan memori, benda indah.
bagi aku,
ludah setiap satu, korban kan.
semua benda tu untuk mereka yang bodoh saja.
hahahaha
Wednesday, October 16, 2013
rindu
aku gubah rindu
menjadi lagu
yang pada malam mula melabuh tirai nya
aku bersiul pada bulan
dengan harapan
kau juga rasa yang sama.
Thursday, October 10, 2013
tiga tahun pertama *selamat tinggal*
selamat tinggal kawan-kawan.
yang sentiasa ada dikala aku leka
selamat tinggal DJ14.
yang sentiasa buat aku rasa selamat.
selamat tinggal langit kelabu.
yang bernyanyi lagu sendu.
selamat tinggal irama yang selalu bermain dalam benak
bila aku bersila di sudut kegemaran ku
selamat tinggal kenangan yang tercatit di setiap inci langkah aku menuju.
selamat tinggal kepada cerita yang belum sempat tertulis dalam setiap peluang yang aku kesal
dan selamat tinggal.
insyallah, ini penamat. dan insyallah, ini pemula
Subscribe to:
Posts (Atom)