cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Tuesday, October 29, 2013

terfikir

kadang aku fikir.
macam mana rasa bila jadi si mati.
macam mana aku akan mati nanti?
siapa yang berada di sebelah aku masa tu, masa aku mahu hembus kali terakhir.
siapa orang terakhir aku lihat sebelum mati.
siapa yang akan menangis? siapa yang akan bersorak?

apa masa itu ada yang cinta aku?

dan siapa yang akan tanam kan aku nanti?
siapa yang akan membaca Yasiin sedekah kepada aku?
siapa yang akan lalu di tepi kubur, dan berkata kepada teman nya, kekasih nya, anaknya;

"kau mahu tahu, itu teman aku dulu, aku rindu sama dia.."

apa masa itu ada lagi yang ingat sama aku?
setahun kemudian?
lima tahun kemudian?
seabad kemudian?

apa masa itu ada lagi yang senyum tawar bila nama aku disebut?

atau aku hanya dilupakan sebaik aku hembus nafas terakhir?

Allah, ampun kan aku.
sesnugguhnya aku tiadak tahu masa depan ku, kematian yang sentiasa berada di belakang, menanti


***********************************************************************


No comments: