cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Tuesday, April 30, 2013

jauh.

terkadang.
walau sedekat mana pun aku dengan mereka.
aku masih rindu.
walau sejengkal jarak dengan mereka.
aku masih terasa jauh.
walau sedekat bahu mereka.
aku tak mampu melabuhkan kepala di situ.

aku rasa beribu batu dengan mereka.
walau jarak hanya dua saat.
sayu.
dua puluh dua tahun dan aku lihat perubahan pada mereka.
semakin banyak garis tua di muka.
di dahi.
di mata.
semakin putih warna rambutnya.
putih.
dan terus putih.

sayu rasa.
lihat senyum tergaris di wajah.
dalam.
dalam rasa.

tapi aku masih jauh.
tak mampu melabuh kepala di bahu mereka.


*********************************************************

jangan.
tunggu aku.
aku masih mahu membuat kamu berdua senyum lagi.