cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Monday, April 1, 2013

cerita pakai buang.

ini lah dia. 
satu titik.
dua kebarangkalian.
empat mata.
empat kaki.
dua tempat berlainan yang dituju.


*********************************************

al kisah
bagaimana hendak mula?
bangkit dari tempat persinggahan ini
mencari hala tuju yang lain.

al kisah.
bermula satu kisah baru.


**********************************************

perempuan.
bagaimana hendak faham kau orang?
perempuan
macam satu kotak berisi.
tak tahu apa didalam
selagi tak buka simpulan.
kau tak tahu apa kau rasa.
perempuan.
aku malu.
hahahahahahahahahah.


**********************************************

ada satu cerita
yang susah nak dicerita kan
tapi ingin bercerita.
tapi tiada pendengar.
jadi macam mana hendak cerita?
siapa sudi hendak mendengar cerita ni?
aku sedia nak bercerita


**********************************************

pemimpi
sentiasa dahagakan mimpi yang indah
menyusun bongkah bongkah langit
peluk kapas kapas awan
meluncur tujuh pelangi
ingin ku melukis rasa di awan
untuk dipertonton kepada warga bumi bahagia sebagai pemimpi
genggam kemas kaabah yang satu.

pemimpi.
hidup palsu memijak realiti.
realiti yang pahit dikemam 
terus bermimpi


*********************************************

aku bersyukur 
kerana kenal kau.