tanya hati.
kenapa?
hati berdalih kepada akal.
tanya akal.
kenapa?
akal memaling kepada nafsu.
tanya nafsu.
kenapa?
nafsu diam membisu.
mencebik kepada rasa.
tanya rasa.
kenapa?
*diam*
tolong.
tolong tampar muka aku sederas yang mungkin.
sedarkan aku.
dia sudah dipasung pada orang lain.
tolong.
hulurkan aku tangan.
genggam tangan aku.
dan tarik aku keluar dari sudut dalam benak ni.
hiris dalam belakang aku.
agar aku sedar.
sakit ni akan terus rasa.
kalau aku masih duduk pada takuk ni.
hulurkan tangan.
tarik aku keluar.
itu sahaja.
*********************************************************