cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Wednesday, March 20, 2013

ini kisah si dungu.

ini bukan kisah cinta.
ini bukan soal rasa.
ini bukan satu cerita
bukan telenovela di petang hari minggu.
atau panggung sabtu di siaran tiga.

ini kisah si polan.
yang berdiri dua kaki
melewati hari hari
macam tunggul.
berdiri statik
hujan ribut panas.
masih berdiri.
ini cerita si polan
mencari diri dalam diri
menyelam ke setiap sudut.
cair dalam rasa.
menunggu masa mekarnya ilham
menunggu kaabah terbina dalam diri.

ini kisah si polan
menunggu detik
keluar dari kelongsong tubuh lemah
menebarkan sayap megah
terbang ke langit.
langit ke empat.
bersama bulan dan bintang

ini kisah si polan.


***************************************************

ayuh cinta sini
ingin ku kemam rasa gula
manis.

ayuh cinta sini
hulur tangan kau
dan bawa aku ke hujung dunia
dimana aku dan kau
tanpa orang lain
manis.

ayuh cinta sini
payungkan aku dari hujan hiba
sinarkan haba dari sejuk murung
sini
manis.

ayuh cinta sini
kita bina kaabah di pelangi
berjalan berdua merentas langit
sana
manis.

ayuh cinta sini
ke pembaringan awan kapas.
mewarna rasa dengan tujuh puluh tujuh rasa
penuh bahagia.
manis.

ayuh cinta sini
menyelam ke lautan indah
makin dalam dan dalam
cahaya matamu membias cahaya
manis.

cinta sini
sini.
mahu ke mana?


************************************************

renunglah kawan
jangan berbalah
berdiri sebagai satu
menuju ke kaabah yang satu