cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Saturday, March 9, 2013

Kisah Ramli

Ramli duduk tersadai di penjuru bilik. tidak tenang. lantas dia berdiri membuka tingkap. mak ayah dah tidur. dia keluar melalui tingkap. mahu guna motor takut kedua orang tua dia terbangun dengar enjin dihidupkan. jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki. waktu pukul sembilan malam. memang selalu orang tua dua orang tu tidur awal. kedai Mak Esah bukak lagi. boleh la dia beli rokok padam sangap sejak lepas makan malam tadi.

sampai kedai Mak Esah, lepas membeli lima batang Winston merah. Ramli duduk sekejap tepi jalan. rokok dinyalakan. ditarik dalam dalam. sedap. hembus. diperhatikan asap yang keluar dari mulut. bagai sedang menari menghiburkan hati Ramli malam tu. agak agak datang haus dia minum air tin soda yang dibeli sekali. malam tu Ramli tak banyak fikir. dia guna masa yang ada untuk menikmati sedap tembakau tu ja.kereta lalu lintas di endahkan Ramli. kalau dia mula fikir lain, rasa membazir. tiga batang habis hanya di tepi jalan tu.puas hati Ramli. puas. 

sedar tak sedar dah pukul sebelas. Ramli mula bergegas pulang. sampai di halaman rumah Ramli mula melangkah dengan hati hati. takut terjaga orang dalam rumah tu. dipanjat Ramli tiang rumah ke tingkap bilik dia. perlahan lahan. sesudah masuk ke bilik Ramli terus panjat katil.baki rokok dua batang disimpan di dalam kocek baju sekolah. esok boleh hisap rokok masa ontheway ke sekolah.lalu Ramli pejam mata. tidur mati hinggalah mak dia kejut pada subuh esok harinya

begitulah kisah Ramli pada malam jumaat yang lepas, sekian.


*******************************************************