siulkan simphoni kesembilan mu.
bawaku selam ke dalam arus mimpi.
disini kita bina kaabah bersama
di sulam rasa di belenggu cita
kita saja yang rasa
persetan kan dunia
sentiasa mencari jalan untuk membenam kita
kita bangkit
seperti matahari bangkit di pagi hari.
memancar cahaya selerak ke langit
begitulah kita
dalam transmisi impian dalam akal.
hanya dalam akal.
bermimpi untuk rasa.
*****************************************************
kalau
bulan boleh berkata
apa agak nya yang di perkata oleh dia?
kalau
bunga boleh berkata
apa agaknya yang diperkata oleh dia?
kalau
gunung boleh berkata
apa agaknya yang diperkata oleh dia?
kalau
angin boleh berkata
apa agaknya yang diperkata oleh dia?
kalau
kalau betul. aku rasa aku tak keluar rumah.
******************************************************
akal
terbang seperti sekumpulan burung di langit
tiada arah tuju tiada rumah
terus terbang berserakan ke setiap sudut langit
di dalam hujan ribut. panas kontang.
di antara pelangi dan gunung
menunggu. menunggu rumah untuk berteduh
dan melepas lelah
*******************************************************
aku nampak aku
dalam cermin
aku nampak mata aku
lesu
dalam cermin
aku nampak bibir aku
kering
dalam cermin
aku nampak tubuh aku
susut
dalam cermin
aku nampak boxer
baru
dalam cermin
bodoh. hihi
********************************************************
Alhamdulillah selesai sudah. peperiksaan akhir semester bakal tiba. selamat berjuang :)