cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Monday, February 4, 2013

0302 hingga 0319

senyum

dulu pernah kau kata
kau tak pasti apa dalam hati kau tu.
samada suka.cinta.atau nafsu.
aku sudah pesan.
jaga perempuan itu sebaik barang yang kau sayang.
sebab perempuan nilai dia lain.
infiniti.
sebab hati dia lain.
lebih nipis dari gelas,
sebab bila dia terluka dia lain.
lebih dalam.

tapi keputusan di tangan kau.aku bukan sesiapa mahu berkata.

maka kau putus kan hubungan itu.
kau jadi selesa.
tapi lama lama kau rindu.
kau dah faham apa kau rasa dulu.
sayang.

senyum lagi.

kau kejar dia balik.
takpa lumrah
bukan main rapat balik kau berdua.
aku harap kau dapat dia balik
kau semat dia dalam poket hati kau ketat ketat.
dah jangan lepaskan dia lagi.
aku taknak kau jadi aku.

*bakar rokok

tarik dalam
hembus.
ini hukum karma
aku dah kena balik apa yang aku buat dekat sebelum ni
Tuhan tunjukkan aku
terima kasih.


*************************************************************