cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Monday, November 19, 2012

cakap kosong ii

lama Daud termenung.sudut semak belakang lorong ditenung sedalam dalam.tidak sedar rokok di celah jari hampir terpadam.dibuang nya Daud dan membakar sebatang lagi rokok panas.disedut nya dalam dalam dan hembus.masih lagi kusut fikiran.masalah berkecamuk.

dia sedar yang dia memang tidak punya peluang walau senipis pun.tapi dia tidak mahu mengalah.tapi semakin dia berpegang pada harapan itu semakin dia jatuh dan terus jatuh.kini dia tidak punya apa apa.buang masa menyumpah nyumpah.matanya tertarik kepada kawan nya di hadapan nya yang hanya bisu melihat gelagat Daud.tersenyum.dia harus membuat keputusan.dan keputusan itu sudah bermain dalam kepala nya.

"aku rasa aku kena give up"
"hmmm aku tak kisah asalkan kau rasa itu keputusan yang tepat maka aku sokong dari belakang"
"tapi...."

Daud terhenti.dipandangnya langit yang hitam likat tidak berbintang.hujan mungkin turun tidak lama lagi.matanya beralih pada teman nya semula.

"aku cuba...mungkin ada baiknya jadi macam ni.haha"
"aku kenal kau lama dah Daud...takpa takpa.hik"

Daud setuju untuk membaiki tandas belakang rumahnya yang tersumbat dari minggu lepas.mulanya dia menolak untuk membaiki.tidak mahu mengeluarkan se sen pun.rakan rakan rumah nya tidak berpuas hati maka mereka turut menolak untuk membaiki sama.tapi setelah bau mula naik masuk ke dalam rumah,Daud harus membuat keputusan.



******************************************************************