cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Sunday, June 30, 2013

Benda.

banyak benda fikir.
Demi masa depan yang ulung.
Kahkahkah

Ini.

Ini, aku rindu kau.
Ini, nama kau selalu terlintas dalam kepala aku.
Ini.

Mana kau.



Thursday, June 27, 2013

Bukan memuja

Kalau aku boleh pinjam kata kata ter paling indah dari syurga.
Mungkin masih belum cukup tergambar diri kau yang satu.

Ini bukan memuja.


Wednesday, June 26, 2013

nama.

Setiap satu mula mucul perlahan lahan.
Menyusup di setiap empat penjuru dinding.
Mula terbisik 
Kecil gelak terdengar kadang kadang.
Lembut.

Setiap satu mula mengundur perlahan.
Hilang dari setiap empat penjuru.
Kabur bisik.
Tiada gelak kecil.

*diam*

Mana arah hendak dipasung.
Sebagai kiblat untuk terus berdiri.
Mana wajah hendak di rindu.
Bila nama terbisik lembut.

Diam,mana nama yang hendak diperdengar?



Monday, June 24, 2013

khabar.

di balik kabus tebal.
aku berdiri dalam kesamaran.

"hai kau, apa khabar?"


******************************************

ya, kau tak nampak aku.


punca.

dimana puncanya.
bagi sini, biar aku matikan.
makin lama makin pendam.
makin pendam, makin dalam.
aduh.
mana puncanya?
bagi sini, biar aku matikan.


**************************************

aku menipu lagi.
kalau aku kata aku lupa.


**************************************

bukan.
tubuh sama.
mata sama.
senyum sama.
tapi bukan si polan yang aku kenal dulu.


mana?


***************************************


Monday, June 17, 2013

..

Ada seorang gadis. Dia baru sahaja kehilangan sesuatu.
Ada seorang lelaki. Dia setia menanti dari dahulu.

Ada seorang ibu. Dia melihat kubur anak nya masih merah.
Ada seorang anak. Dia dinafikan haknya oleh bapanya.

Dan gadis itu bertemu yang lain.
Dan lelaki itu berhenti menanti.
Dan ibu itu terus menangis.
Dan anak itu dalam dakapan bapanya.

Tiada yang boleh dijangka kan dalam hidup.
Tiada.


****************************************************************


John

Bangun pagi. Bakar sebatang rokok. Sejuk angin pagi bercampur dengan kelajuan kipas nombor lima. Selubung diri dengan kain selimut nipis. Sial air kopi semalam aku bancuh tinggal sisa. 

Aku terfikir apa yang aku buat semalam. Kenapa aku dalam satu kondisi yang begitu rabak. Hanya dengan benda kecil aku begitu jatuh. Ya tuhan. Kadang kadang aku tidak lah segagah mana untuk berdiri. Kadang kadang aku lemas dalam hidup. Tersentak. 

Aku lihat mereka. Sedang asyik berselimut. Bermimpi. Aku tersenyum. Aku masih ada mereka.


*********************************************************************


Sometime

Sekali sekala mahu rasa senang.
Tak perlu fikir tentang masalah.

Sekali sekala terfikir macam mana rasa mati.
Tapi bekal yang ada masih tak cukup.

Sekali sekala.
Lama lama banyak kali jugalah aku fikir.hahaha


********************


Sunday, June 16, 2013

tiap tiap satu benda dia pernah kata dulu.
aku percaya 
yang ia satu penipuan.
dan dia pun tak sedar.
yang dia menipu
sebenarnya.
tak pernah wujud nama aku pun.
takpa 

nak kata aku tak kisah pasal kau
itu satu penipuan.
dan aku biar je diri aku sakit.


*********************************************

Saturday, June 15, 2013

Opportunists Agenda

Dalam genggam ada rasa. Mahu kau lihat. 
Tapi takpa.
Aku simpan saja.
Kau pun mungkin tak mahu menoleh ke sini lagi.


*********************************


Wednesday, June 5, 2013

nafsu bangsat.

pernah dengar cerita tentang nafsu?
yang pabila dibelai di dalam syurga.
maka bertanya Tuhan kepada nya

"siapa engkau?"

maka dia menjawab,

"aku adalah aku. dan engkau adalah engkau"

dan kemudian di siksa pula kedalam neraka.
maka bertanya lagi Tuhan

"siapa engkau?"

maka dia menjawab,

"engkau adalah tuhan ku, dan aku adalah hamba mu"


**************************************************************


semester baru bakal bermula.
satu permulaan.
dan satu penamat.
mohon Tuhan sentiasa ada bersama aku.
dan ingatkan aku pada Dia bilamasa senang atau susah.


**************************************************