cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Friday, May 31, 2013

iv

"aku tertinggal sesuatu ke?"

seperti ada satu bahagian dari tubuh sudah hilang.
samar samar 
aku tak pasti apa yang aku tertinggal.
hilang dari tubuh.
simpulan hati, rasa dan akal seperti terputus.
berselerak.
berkecamuk.
ahh sudah hilang arah aku dibuatnya.
terkutip semangat pun tak bisa hilang kebas 

"apa yang aku tertinggal?"


****************************************************


pernah rasa?
tiba tiba bumi yang dipijak menjadi debu
dan perkara pertama yang  kau tahu kau mula jatuh 
menuju ke satu titik infiniti yang tiada berpenghujung.
jantung tertelan dalam dalam
rusuk menguncup
ahh masih tertumpu ke mana penghujung titik ni.
rasa seperti mati tertelan diri sendiri.
mana silapnya?
dan masa tu setiap detik kau bernafas muncul
seperti satu turutan gambar 
terpampang kisah 
setiap rasa dihirup dalam dalam
apa yang kau dah buat?

dan kau masih terjatuh 
menanti penghujung titik infiniti.
dan kau dah tak peduli mati.


*****************************************************


Wednesday, May 29, 2013

hehe

hehehe.

bila kita cuba untuk memahami situasi seseorang. ketika dia dalam keadaan marah marah sana sini. dan kita cuba untuk berjenaka dan dia kata "fuck you"

hehehe.

at least dia menyalurkan kemarahan dia.


***********************************************

bagi aku kemarahan ni satu rasa yang bersifat sementara. sebab aku tak suka nak menyimpan marah. sebab bila marah nanti akan bertukar kepada dendam dan dendam akan membawa kepada satu tindak tanduk yang mungkin menjejaskan diri kita sendiri atau orang lain atau kumpulan lain etc.

kemarahan ni mudarat. macam satu penyakit yang berjangkit. bermula dengan percikan api api dan kemudian membara dan who knows. sebab semua orang pernah merasa kemarahan. tipulah kalau ada orang mengaku tak pernah marah. sebab paling bodoh pun orang yang marah ni dia akan pendam. berdiam. dan senyum seperti tiada apa apa berlaku.

bodoh macam aku.


*************************************************


Tuesday, May 28, 2013

ahh pedulikan

aku sentiasa cuba untuk mendapatkan satu jawapan setiap kali muncul satu persoalan yang lain. bila setiap kali tindakan kita mengubah hidup kita. efek kepada cara. efek kepada diri. efek kepada orang yang kita rapat atau pernah. tapi kali ni macam jawapan dia jauh. terbuku tertanam entah kemana.

ahh pedulikan.

bagaimana setiap tindak tanduk kita mampu mengubah sesuatu dalam hidup kita. bagaimana ia efek universe walau sekecil zarah atau seluas langit. ia masih sesuatu di luar pemikiran manusia. manusia seperti aku. dan kita masih melakukan kesilapan demi kesilapan. tak pernah belajar dari nya.

ahh pedulikan.


***************************************************************


enam.

jangan pernah kata kau dah rasa derita.
kau dah rasa sakit. perih. berdarah.
bila kau tak pernah sekali pun rasa.
apa yang aku rasa.
dan mereka rasa.

and yet-
kau masih di pertengahan umur kau.
dan kau dah rasa kau dah menanggung derita seberat tujuh gunung di bahu?
aku dan mereka.
masih cuba untuk terus hidup dengan senyuman.
dan kau sudah mahu mengalah.

pernah kau rasa di abai oleh keluarga kau sendiri?
rasa tidak diperlukan?
pernah kau dihina caci maki oleh mereka?
pernah kau buat mereka menangis kesal dengan diri kau?

pernah kau rasa terbuang?
pernah kau hilang seluruh orang yang kau sayang?
keluarga dan teman.
orang yang kau cinta?
pernah kau terjatuh sedalam dalamnya?
dan tiada tangan yang menghulur?
pernah kau rasa jijik dengan diri kau?
atas apa yang kau dah buat?
diri sendiri menafikan diri.
keluarga.
teman.
cinta.
pernah kau rasa semua ini?
dan kau masih mahu mengalah?

kau tak rasa apa yang aku rasa.
dan apa yang mereka rasa.
dan hidup harus kuat.
terus melangkah.
kerana ini baru separuh dari kisah hidup kau.

tubuh ni.
dah banyak menyimpan bekas luka berdarah.
sama seperti mereka.
kau harus senyum


*************************************************************


.

aku.

tak suka berada di suatu tempat yang sesak dengan manusia lain.
kerana di sana aku rasa seperti diperhati.
direnung tajam mata mata liar di setiap penjuru.
rimas aku.

aku.

lebih suka berada di tempat yang hanya kelihatan dua tiga jasad.
atau mungkin tiada orang langsung di situ.
kerana ia memudahkan aku bermain dengan minda.
untuk bermonolog  dengan diri.
dengan pandangan yang menzahirkan kecil nya diri ini dalam bumi tuhan.

berada di padang yang hijau.
sambil melihat langit berawan tebal.
atau di tepi pantai dan lautnya.
yang membiru dan berombak.
atau hanya di tepi sisi rumah.
bersila di depan taman .
mana mana pun.
aku rasa tenang.

aku.
lagi suka sendiri.


***************************************************************


Monday, May 27, 2013

kelip neon.

neon.
berkelip kelip.
memancar cahaya malap.
dan gelap.

seperti dunia berputar.
kembali ke satu masa dahulu.
hujan renyai renyai.
di lorong yang pernah menjadi saksi.
satu detik.
terpadam.

berkelip kelip.
di bawah cahaya malap.
dunia berhenti berputar.
dan terduduk
di bawah lampu neon.


******************************************************


Wednesday, May 22, 2013

soalan menumbuk

and then satu soalan menumbuk rusuk kiri dengan deras.

"apa akan berlaku pada hari terakhir aku dekat jengka?"

*garu kepala*

demmit aku rasa aku nangis kuat kuat dekat lorong DJ14 tu.


***************************************************


buang masa.

kalau kau dapat baca 207 episod manga dalam tiga hari.
satu episod 20 muka surat.
maknanya kau dah buang masa kau tahu!

ahh aku dah banyak buang masa.hehe.


************************************************


Tuesday, May 21, 2013

pudar

pudar
dikit dikit wajah dia.

pudar
dikit dikit suara dia.

pudar
dikit dikit tawa dia.

pudar
dikit dikit senyum dia.

pudar.
dikit dikit tentang dia.

petanda baik atau buruk?


**********************************************


Sunday, May 19, 2013

garu.

indah.
satu rasa.
terselesa.
dalam saru kekalahan seluas lautan.
terus senyum.
terus indah.


*******************************************

lihat.
dia sudah datang.
lihat.
genggam erat.
ketap ketat gigi.
meluap luap.

lihat.
mari sini.
mari sini lihat siapa jebat.


********************************************

kau bunga.
aku langau.
kau menambat diri.
aku tertambat sisa.
kau berduri.
aku teracun.


*********************************************

terang mata malam ni.
tiap kali pejam terasa rimas.
entah
keluar masuk soalan dalam kepala otak.

tentang esok.
tentang lusa.
tentang tulat.

tentang diri.
macam mana penghujung cerita.
bala yang bakal datang.
ngeri hidup.

entah--
tak terjawab satu pun.

aku dah jemu.
jemu berfikir.
jemu bersengkang mata fikir diri.

mata,
mohon lena.
esok celaka belum tahu.


*******************************************

bahang malam..
sebatang rokok.
secawan kopi.
dan bahang malam lagi.
hembus keras satu das tebal tembakau.
dan secawan kopi.

macam mana sebatang rokok dan rasa kopi boleh jadi lawan.
synchronize.
menuju ke satu arah nikmat.
di nyala lagi satu batang.
hembus keras.
hirup suam pahit kopi.
malam ni kau berdua menang.
berjaya bawa aku ke satu zin yang lain.


********************************************


Tuesday, May 14, 2013

pembuka bicara.

Assalamualaikum.


*********************************************


Sunday, May 5, 2013

injak.

nah.
ini hati aku.
sila pijak lagi.
sampai jadi debu.


****************************************************


tanggal lima lima tiga belas.

ke sana. ke sini.
dia berlari lari anak.
kemana?
mencari setitis air.
untuk menghilangkan dahaga.
kesana. ke mana mana.
masih tidak jumpa air.
di tanah tandus gersang.
di mana?

*berhenti*

dia masih berlari lari anak.
sampai sekarang.
mencari setitis air.
untuk menghilangkan dahaga.
yang selautan pun tidak akan cukup.
untuk menghilangkan rasa yang kian kering.
kemana?
dimana?
masih mencari.


****************************************************

pinjam kan aku bahagia.
untuk aku rasa nikmat.
satu kali ini.


*****************************************************

dari idea menjadi budaya.
dari idea menjadi sebuah doktrin.
dari idea menjadi satu ancaman.
adakah kita masih menjadi ancaman.
kepada diri kita sendiri?


******************************************************

aku perlukan satu benchmark.
untuk aku gariskan efficiency dan effective aku bergerak.
aku perlu ubah modus operandi.
untuk terus berdiri.
satu hipotesis untuk dirungkai dengan pemboleh ubah di sekitar.
untuk aku cerminkan siapa aku sekarang.


*******************************************************

aku jatuh.
tercicir entah dimana.
kat mana aku ni?


si-

simpulan tensi semakin kusut.
semakin tegang. semakin ngilu.
hati terasa berat jatuh ke bumi.
rusuk bagai terpukul batang ego kau.
menjadi debu. berderai derai.
separuh diri terasa bangsat.
dijilat anjing.
ahh--
kenapa mahu marah marah?
pinjaman dari sang laknatullah.
tak perlu--
cuba rasional sikit akal kau.


***********************************************

sudah tahu jalan cerita nya.
menuju ke arah gaung celaka.
yang dalam. yang gelap.
aku hanya pelakon tambahan dalam cerita sendiri.
cerita hidup aku.
yang utama nya dipegang orang lain.
biar lah aku.
biar lah aku.


***************************************************

semesta alam.
paksi mengikut berputar.
sakti bima.
langit berlapis tujuh.
celaka lagu bernyanyi berkerdip bintang.
gelap.
aku ketawakan seakan.
ini semesta dalam sendiri berdiri aku.
songsang berdiri.
paksi tiada.


******************************************************

jangan mudah terasa.
jika tiada mensi.


******************************************************


Friday, May 3, 2013

jejaga.

hehehehehe.
 
jaga-jaga.
jangan cepat berasa tenang.
jangan cepat berasa senang.
bila bila masa je ni.
tunggu.


*********************************************


Wednesday, May 1, 2013

Oh.

oh.
dah tiga tahun pertama :)


********************************************************


random.

kalaulah.
kalau lah mata boleh berkata kata.

kalaulah.
kalau lah hati boleh didengar.

kalaulah.
kalaulah akal boleh dibaca.

kalau

mungkin mudah untuk aku mula langkah baru.


**********************************************

kawan.
aku perlukan bahu.
kawan.
aku perlukan tangan.
kawan
aku perlukan telinga.
kawan
aku perlukan hati.
kawan.
aku rindu kawan kawan aku


************************************************

cinta.
nilai terlalu murah sekarang.
hati boleh dibeli dengan mudah.
cinta.
mana tinggi nilai kau dulu?


************************************************

bermula satu hari.
berdiri.
sehingga ke senja.
berdiri.
ke tengah malam.
masih berdiri.
apa ni?


*************************************************

aku rindu dah.
lima bulan tidak jejak kaki.
aku rindu dah.
bila lagi mahu menari?


*macam bodo*

mana ada sunyi.
mana ada.
kan ramai orang di sini.

mana ada sedih.
mana ada.
kan aku ketawa dari tadi.

mana ada sakit.
mana ada.
tak ada kesan luka pun.

mana ada,
betul mana ada.


*****************************************************

dengar sini dil.
kau kena mula.
kau kena mula bertindak.

*macam bodoh*


mentari, awan, pelangi, bulan dan pemegang kunci.

Tuhan.
izinkan aku menjadi mentari.
yang menerangi harinya.
juga menghangatkan tubuhnya.

Tuhan.
izinkan aku menjadi lembayung awan.
meniup lembut angin dingin.
meredup setiap langkah nya.

Tuhan.
izinkan aku menjadi pelangi.
menceriakan hari hari nya.
membawanya menggelungsur mimpi.

Tuhan.
izinkan aku menjadi bulan.
bersiul disetiap malamnya.
bersama kelipan bintang berselerak.

.....


*bakar rokok*


Tuhan.
izinkan aku dulu.
bertemu pemegang kunci--
hati ini.


*************************************************