cakap kosong yang tak mengharapkan apa apa perhatian atau tepukan

Thursday, January 31, 2013

tudung merah.

ada benda aku nak tulis.
ya.
malam haritu.
senyum kau
mata kau
berlegar dalam kepala otak aku sampai hari ni
itu saja.
takda niat lain.


*******************************************************


bila berdepan. aku jadi pengecut.
*tepukdahi




Tuesday, January 29, 2013

Enjit Enjit Semut 2013


Ini bukan System Of A Down. ini Sick Of It All. kena banyak buat studi ni.


*******************************************************


kesat.

dengar.
aku sentiasa akan sokong kau 
dekat atau jauh
tak kisahlah apa apa pun
apa pun pilihan yang kau buat
sebab ini hidup kau
sebab aku tahu kau kuat
kuat untuk terus melangkah ke depan
jangan judge diri kau macam tu
itu bukan kau
teruskan melangkah
jangan pandang belakang
aku akan sokong kau
dekat atau jauh.



**********************************************




Monday, January 28, 2013

rasa tak kena.

ahh.
aku tak patut tulis macam tu.
patut aku rasa tak sedap hati ja 
aku tak bermaksud macam tu.
sungguh.
mungkin sebab aku tengah marah.
tapi aku tak maksud camtu.



******************************************************

aku mintak maaf.



Saturday, January 26, 2013

kadang kadang
aku benci gak ngan kau ni
seriously.



****************************************************************


Wednesday, January 23, 2013

tiada idea

at least.
aku dapat dengar cerita kau dari jauh.
dah buat aku senang hati.
sungguh.




****************************************




Monday, January 21, 2013

meludah ke langit

ni.
tolong lah. aku merayu.
jangan jadikan facebook atau twitter tempat kau ludah orang lain.
terutama nya kawan kau sendiri.
itu dipanggil pengecut.
jangan buat lawak.
sepatutnya masuk dua abad kau orang bernafas dah boleh fikir pakai akal
pakai otak
kalau tak puas hati. cakap depan.
benda masalah boleh setel.
come on jangan jadi childish 
aku nak cakap lebih pun tak boleh
sebab aku taknak jadi si peludah


dan satu lagi.
yang di ludah pun jangan berbalas.
nanti sama sama dipandang tahi.
boleh?


************************************************

*suara aku sungguh kecil. tak mampu didengari oleh mereka. ya. aku kecil ja. lebih kecil dari zarah. hanya bayang bayang. yang dah cukup menyampah dengan perangai kau orang. tengok? kan aku dah meludah? haihh.







Sunday, January 20, 2013

Setahun Pertama

"alamak brader ni. seluar skinny. baju labuh. pakai beanie. woahh misai! pervert habis! "(Aiman,2012)

kahkahkahkah

jangan dikutuk misai ni. jangan.



*******************************************

air takda mahu berak.

okay nak kasi tengok
guwa tengok
bila guwa tengok
darah naik atas muka
fuhh marah beul guwa
takpa guwa pendam
marah betul.


*****************************************

diam. jangan bising. oranglain mahu tidur.

satu permainan.
main dengan penuh perasaan.
maki hamun sumpah serapah semua ada
siapa buat hal kena ludah
menganjing dan di anjing
ah biasa lah tu
main benda ni memang boleh buat gaduh
cuma tengok kuat mana mental kau
hihi
malam ni guwa pesta gol.
ya tuah guwa sudah kembali.

PES13. tu je. biasalah lelaki.kalau bermain maksudnya kau dah bersedia dengan akibatnya.kahkahkah



******************************************

Lorong.

lorong DJ14.
tersimpan satu ribu cerita.
pahit manis.
kau cakap saja.
semua ada!
sekarang.
lorong ni kau tenung saja.
tak membangkit apa apa rasa.
seperti lorong ini 
sunyi.


******************************************************

senyum itu
yang dulu wujud
muncul lagi.
dalam sekali imbas.
itu pun aku tak cam.


*******************************************************


ya
aku ingin selam
dalam fikiran 
dalam akal
dalam mimpi
ya dalam mimpi
masih banyak jawapan yang aku nanti
aku tagih
tidak
jangan kejut kan aku
biar mata aku tertutup rapat
biar tubuh aku diselubung
biarkan aku
jangan kejut kan aku dari mimpi
kerana dalam mimpi ini
aku dapat rasa apa yang aku tak dapat rasa
dalam dunia yang aku ludah
dalam dunia yang sering menjadi beban
diletak di bahu
aku dah letih
letih celik di dunia
biarkan aku bermimpi lah LAHANAT!


*******************************************************



sial.

tiba tiba kepala terasa seperti di palu. aku mengerang kesakitan. persekitaran gelap. aduh. tertidur lagi aku dalam kelas. tak sedar macam mana aku boleh tertidur masa prep malam. tapi aku memang kuat tidur.jam pukul dua belas. sambil meraba raba barang dan buku diatas meja. tiba tiba terdengar suara orang berdehem. berhenti sekejap. sambil menoleh kiri dan kanan. mana ada orang dalam kelas. tiba tiba terdengar kerusi bergerak. aku toleh ke belakang. ya kerusi paling belakang sedang bergerak. tiba tiba terangkat dan terapung untuk seketika. Tuhan saja tahu macam mana aku rasa masa tu. akal mati. persetankan meja aku yang tidak berkemas, mula melangkah dengan laju sambil berzikir. sudah lah block akademik jauh dari asrama. sampai bilik aku berselubung. memikirkan kejadian tadi. Saddam bertanya kenapa dengan aku. aku menceritakan apa yang aku saksikan. tapi dia senyum.

esok hari nya aku dapat tahu. itu kerja Saddam. celaka. sumpah celaka.tapi tu cerita 2007.kahkahkah.

Hoi kenapa dulu takda pun #PrayForSerting ! ahh aku tak puas hati.




********************************************


Friday, January 18, 2013

sampah

hoi hoi.
hari jumaat datang kembali.
hoi hoi.
hari jumaat hari bahagia.
hoi hoi.
hari jumaat tidak perlu risau.
untuk tidur atau untuk berjaga.
hoi hoi.
hari jumaat tidak perlu risau.
untuk bergegas masuk kampus.
kerana hari jumaat.
hari bahagia.
kahkahkahkah.

jumaat.sabtu.ahad.
selalu tiga hari ni hari yang paling cepat berlalu.
sedar tak sedar kita jadi sampah.
ya hujung minggu hari yang gemilang.
untuk aku bernafas.
untuk aku menggeliat.
lega.

jadi.
pasang playlist.
kasi pangrok sikit hujung minggu ku



*************************************************



Tuesday, January 15, 2013

panggilan

mintak pendapat teman.

"..bagi aku,hardcore punk ni masih relevant..."

pendapat teman yang sedang mengaji di pondok.kahkahkah



**********************************







Monday, January 14, 2013

Ulu Tiram Straight Edge

antara blog yang aku follow. aku paling rindu entry abam ni. lama menyepi. kini kembali.



Saturday, January 12, 2013

arse hole.






khas untuk arse hole arse hole di luar sana.sekian.




***********************************************************





Friday, January 11, 2013

so, what should i write?


Monday, January 7, 2013

dub dub dub
*lampu padam.






rabun

aku tak kenal lah.
kau orang punya so called musician ni.
ngehngehngeh

bagi aku music ni lain orang lain cita rasa dia.
selagi dia ada irama. 
lirik teruk ke baik.
bingit ke mendayu
depend kat kau orang lah nak terima
bagi aku. itu hak masing masing.
mainstream music,underground music.
Indie,Pop,Rock,Metal,Punk.Nasyid,Irama Tradisional.
ikut kau orang lah kan.
K-Pop pun music jugak.
aku takda lah nak tolak secara total music K-pop.
cuma melebih sangat budak budak ni.
K-pop is more to a fashionable music.
macam mee segera
sekejap je nanti lama lama pupus lah golongan ni
merepek.

music ni
ni semua minat ja.
passion kat satu benda.
bila kau minat dekat warna hijau
semua benda kau beli warna hijau

haa aku merepek
semua gara gara AJL malam tadi
facebook twitter semua cerita benda ni
gemilang ke?
yes event tu gemilang
tapi tak semua yang main tadi ada kualiti
masih banyak lagi band band dan artis tempatan lagi layak
itu pendapat aku lah
sebab scene music Malaysia ni racist sikit
radio pun tapis.
lebih kan populariti dari kualiti
Imej kena ada.
tapi diorang lupa
kualiti yang disukat
bukan populariti
ramai je yang dapat main kat luar negara
tak perlukan pun anugerah anugerah yang ada ni
sebab diorang ada kualiti yang mencapai standard luar
huii huiii
aku merepek lagi
kahkahkah.



*****************************************************